Putera Harry Dan Megan Bakal Berkahwin Tahun Depan

Putera Harry dan pelakon Meghan Markle telah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan, demikian kenyataan daripada keluarga diraja Britain.

Berita berkenaan diumumkan selepas beberapa hari spekulasi tersebar bahawa Putera Harry telah melamar Meghan, yang juga pelakon drama bersiri Suits.

Pasangan itu akan muncul bersama di stesen TV di United Kingdom untuk kali pertama bagi membincangkan mengenai pertunangan dan hubungan yang terjalin sejak 16 bulan lalu.

Harry, 33, yang mendedahkan beliau telah jatuh cinta terhadap aktres berkenaan setahun yang lalu, telah melamar Meghan, 37, di London pada awal bulan ini.

Mengikut protokol diraja UK, Harry perlu mendapatkan restu daripada neneknya, Ratu Elizabeth dan baginda bersetuju dengan pilihan Harry.

Dalam satu kenyataan Ratu Elizabeth dan Putera Philip melahirkan rasa gembira untuk pasangan itu dan berharap mereka akan sentiasa berbahagia.

Harry dan Megan, yang pernah bercerai dengan suami pertamanya pada 2013, akan berpindah ke Nottingham Cottage, iaitu berhampiran dengan kediaman abangnya, Putera William dan isteri, Kate.

Sementara William dan Kate dalam satu kenyataan bersama memberitahu mereka gembira kerana dapat mengenali Megan.

Selain itu, bapa Harry iaitu Putera Charles juga amat gembira dengan anak dan bakal menantunya.

Harry juga dikatakan meminta bantuan ibu bapa bapa Megan, iaitu Thomas Markle dan Doria Ragland, yang telah bercerai ketika anak perempuan mereka berusia enam tahun untuk membantunya melamar Megan.

Selepas berkahwin, Meghan akan menerima gelaran Duchess of Sussex.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.