PM China Mahu Usaha Naik Taraf Tandas Awam

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping mahu negara itu teruskan usaha menaik taraf tandas awam di negara itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif “revolusi tandas”, yang bertujuan untuk membangunkan pelancongan domestik, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, mewujudkan tandas yang bersih merupakan bahagian penting dalam mendorong nilai peradaban di bandar dan luar bandar.

Usaha perlu dipertingkatkan di bandar dan luar bandar untuk menaik taraf tandas awam bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, kata Xi, lapor Bernama.

Menurut beliau, selari dengan “revolusi tandas”, China harus membina kemudahan dan perkhidmatan awam yang lebih baik untuk meningkatkan industri pelancongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.