Oleh Kerana Perkara Remeh-Temeh, Ibu Sanggup Ikat Anak Di Besi Pemegang Tangga

Perceraian orang tua memang menjadi impak buruk bagi anak-anak. Mereka akan menjadi rebutan hak penjagaan antara ayah dan ibu. Lebih parah lagi jika orang tua bercerai maka keperluan anak akan diabaikan.

Dilaporkan dari Viral4Real, inilah salah satu contoh mengenai akibat penceraian orang tua. Seorang ibu di Tiongkok,China sanggup mengikat anak kandungnya sendiri  kerana bekas suaminya lambat memberikan wang nafkah sebanyak RM1,247 kepadanya untuk keperluan harian anak mereka.

Gara-gara terlewat, ibu itu kemudian bertindak kejam dengan mengikat anaknya di besi pemegang tangga

Setelah melakukan perbuatan kejam itu, dia terus mengambil gambar. Gambar tersebut kemudian dihantar pada bekas suaminya yang bekerja tidak jauh dari tempat kejadian.

Suaminya yang terkejut melihat gambar yang dihantar oleh bekas isterinya itu dengan segera menghubungi bekas isterinya dan menyuruh melepaskan anak mereka .

Anak mereka kelihatan berada dalam keadaan ngeri dan sangat lemah ketika dia diselamatkan. Namun dia bernasib baik kerana budak lelaki itu hanya pengsan dan tidak mengalami kecederaan serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.