Malaysia Di Landasan Betul Perkukuhkan Ekonomi – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 27 November 2017

Setelah pengumuman pertumbuhan KDNK S3 yang menggalakkan itu, pertumbuhan KDNK Malaysia telah menaik selama 5 suku berturut-turut – trend yang sukar dicari di tempat lain di dunia sekarang ini.

BNM juga telah mengumumkan bahawa nisbah Hutang Isi Rumah kepada KDNK kita terus menurun – tidak syak lagi kerana dasar BNM sejak tahun 2013 yang menjadikan lebih sukar bagi orang ramai untuk mendapatkan pinjaman untuk hartanah dan kereta.

Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia turun daripada 89.1% pada tahun 2015 kepada 88.5% pada tahun lepas dan kini kepada 84.6%.

Hutang isi rumah dan kadar pertumbuhan KDNK yang semakin perlahan sebelum ini adalah sasaran serangan kegemaran pihak pembangkang untuk beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang akan muflis/gagal.

Sekarang, Pakatan berdiam diri mengenai perkara ini.

Kita sepatutnya menghantar Pakatan untuk membantu Australia kerana sejak dua tahun terakhir ini mereka mengumumkan pertumbuhan suku tahunan KDNK mereka adalah yang paling lemah dalam lebih daripada satu dekad manakala nisbah hutang isi rumah kepada KDNK mereka sebanyak 122% adalah antara yang tertinggi di dunia.

Sementara itu, disebabkan oleh dasar-dasar yang baik, yang mana ramai telah merungut tentang seperti GST, yang kekal teguh dalam tidak menambat Ringgit dan menghapuskan subsidi menyeluruh dan lebih memihak kepada bantuan yang disasarkan, Malaysia berjaya mengharungi penurunan lebih daripada 70% dalam komoditi eksport utama kita, iaitu petroleum – yang pada masa lalu pasti telah menyebabkan Malaysia mengalami kemelesetan yang dahsyat seperti pada tahun 1985-1986.

Bukan sahaja kita telah melalui bahaya itu tetapi kita pulih dengan cepat dan kukuh.

Tidak syak lagi, Malaysia kini berada di landasan yang betul dari segi ekonomi.


https://www.nst.com.my/business/2017/11/307449/household-debt-moderating-eases-846-cent-year-bnm

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.