Lara Alana Raih 3 Juta Pengikut Instagram

KUALA LUMPUR: Pada usia tiga tahun, Lara Alana terus memperkukuhkan kedudukan sebagai selebriti cilik berpengaruh di media sosial apabila jumlah pengikutnya di Instagram, kini mencecah 3 juta orang.

Puteri kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya itu sekali gus memecah rekod sebagai anak selebriti dengan jumlah pengikut paling ramai.

Malah, bersama jumlah besar berkenaan, kanak-kanak comel itu juga berjaya mengatasi beberapa artis terkenal di negara ini.

Menerusi entri yang dimuat naik beberapa jam lalu, pengendalinya menganggap laman sosial berkenaan tidak ubah jurnal yang banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Doakan Lara sentiasa sihat, dilindungi dan dimurahkan rezeki.

“Jurnal ini banyak memberi inspirasi, berkongsi cerita gembira, sedih, lucu dan memberikan senyuman. Diharap, apabila Lara besar nanti, dia dapat melihat perjalanan hidupnya sejak sebelum dilahirkan, hingga dewasa.

“Terima kasih di atas tunjuk ajar, nasihat dan pesanan. Semoga kita semua dirahmati, we love all of you!,” katanya.

Berdasarkan komen netizen, ramai yang menjangkakan Lara mampu mengatasi jumlah pengikut Instagram ibu bapanya sendiri. Ketika ini, Awal mempunyai 3.4 juta pengikut, manakala Scha pula meraih 4 juta.

Selain Lara, antara cahaya mata selebriti lain yang turut menjadi ikutan ramai di Instagram ialah anak lelaki pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, dengan 1.9 juta pengikut; anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana (881,000).

Putera kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy (313,000); serta dua permata hati pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad (199,000) serta Nur Aurora (96,100).-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.