JPN Sahkan Dokumen Permohonan Mykad Untuk Warga Asing Adalah Palsu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan bahawa gambar satu dokumen permohonan Kad pengenalan diberikan kepada warga asing untuk meraih undi adalah palsu.

Dokumen tersebut telah tersebar di media sosial yang kononnya untuk pengundi hantu.

Gambar dokumen ini telah dimuat naik oleh ADUN Teratai Tiew Way Keng di Facebook miliknya.

Namun tinjauan suaraTV di akaun Facebook miliknya mendapati muatnaik status berkenaan sudah tiada.

Dalam pada itu, pembantu khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,  Datuk Seri Rizal Mansor, menyelar tindakan Tiew yang dianggap sebagai contoh pemimpin DAP yang suka menyebar berita bohong tanpa usul periksa.

“Jika pemimpin sendiri berkelakuan seperti ini, jadi tidak hairanlah jika penyokong mereka juga menjadi kaki fitnah,” katanya.


Terdahulu, pada PRU13 turut muncul spekulasi yang sama bahasa 40,000 bangladesh dibawa masuk, namun ia merupakan disahkan sebagai palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.