Christina Abai Kecaman Haters

PENYANYI popular Hollywood, Christina Aguilera tidak mempedulikan kritikan haters yang mencemuh persembahannya pada Anugerah Muzik Amerika baru-baru ini.

Majoriti haters dilihat mengecam persembahan Christina, 36, ketika menyanyikan lagu tribute terhadap Whitney Houston pada majlis tersebut.

“Christina sentiasa sedar ada saja yang tidak kena pada pandangan haters, cuma dia enggan mengambil peduli kritikan berkenaan,” ujar satu sumber kepada portal Hollywoodlife.com.

Pada masa sama, sumber itu menjelaskan, Christina juga dikatakan tidak kisah dengan khabar angin mengatakan penyanyi popular, Pink turut mengkritik persembahannya pada malam itu.

“Ia sekadar satu drama yang cuba disensasikan segelintir pihak. Biarpun pernah bermasam muka sebelum ini, hubungan Christina dan Pink kini okey,” jelas sumber itu.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.