Banjir: 22 Dipindahkan Di Besut

JERTIH – Hujan lebat menyebabkan 22 orang daripada enam keluarga menjadi kumpulan pertama mangsa banjir yang dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut, malam ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata semua mangsa dipindahkan ke PPS SK Kuala Besut 2, di sini, lapor BH.

Beliau berkata, 22 mangsa termasuk tiga orang kelainan upaya (OKU) adalah dari Kampung Alor Teratai, Kampung Kayu Kelat, Kampung Telok Bayu dan Kampung Pachakan.

Bagaimanapun katanya, orang ramai tidak perlu panik kerana punca banjir yang menyebabkan mangsa dipindahkan bukan kerana limpahan air sungai.

“Sebaliknya air naik dan bertakung kerana hujan lebat dan longkang tersumbat yang menyukarkan pengaliran air hujan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.