533 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Kelantan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 533 mangsa berikutan hujan lebat, sejak Sabtu lalu.

Mangsa banjir membabitkan 149 keluarga itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang dan Pasir Mas.

Dua lagi pusat pemindahan baharu dibuka awal pagi tadi di Machang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Meleret dan Madrasah Sungai Mas.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, setakat jam 8 pagi, Pasir Puteh mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 216 mangsa membabitkan 70 keluarga ditempatkan di tiga PPS, lapor BH.

Seramai 186 mangsa banjir membabitkan 42 keluarga berada di dua PPS di Kota Bharu.

Sementara itu, empat sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.