Charles Morais Hanya Cari Publisiti Murahan

PETALING JAYA – “Dia hanya cari publisiti murahan kerana kreadibilitinya sebagai peniaga di Amerika Syarikat dipersoalkan,” kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Roa berhubung pendedahan adik mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais – Charles Suresh Morais – baru-baru ini.

 

Dua hari lalu, Charles mendedahkan abangnya terlibat siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pendedahan Sarawak Report mengenai draf kertas pertuduhan yang mempunyai singkatan tandatangan Kevin iaitu AKM.

 

Ramesh mendakwa, Charles telah kehilangan jutaan ringgit dan kreadibilitinya dipersoalkan di mahkamah AS kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan pecah amanah.

 

“Ini tindakan terdesak untuk mendapatkan duit,” katanya.

 

Menurutnya, perkara tersebut dilaporkan Wall Street Journal pada 28 Mac 2011 dan ianya dikatakan benar.

 

Beliau berkata, tempoh tujuh hari diberikan kepada Charles untuk membuat laporan terhadap dakwaan yang dibuat sekaligus menyerahkan ‘pen drive’ yang dikatakan mempunyai maklumat penting kepada polis.

 

Sementara itu, penasihat undang-undang PMSP, Zakuan Hafiz Ahmad berkata, draf kertas pertuduhan itu adalah palsu kerana terdapat pelbagai kesalahan.

 

Menurutnya, jelas dalam kertas tersebut tiada singkatan tanda tangan yang didakwa.

 

“Kes ini belum selesai dan bagaimana kertas pertuduhan sudah dikeluarkan.

 

“Perkara ini memburukkan nama institusi peguam negara dan menjejaskan nama baik pemimpin yang namanya terlibat,” katanya.

 

Beliau berkata, sepatutnya, Charles membuat laporan polis secara rasmi dan bukannya akuan sumpah. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.