Perwakilan Pemuda UMNO JOhor Tegur Exco Tak Buat Kerja

Kuala Lumpur – Sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno sebelah petang hangat dengan kritikan daripada perwakilan Johor yang kononnya beberapa exco sayap itu tidak buat kerja.

Sahrihan Jani, yang juga Ketua Penerangan Pemuda Johor kemudiannya berkata ahli-ahli sayap sukar untuk menghormati pemimpin yang mempunyai sikap begitu.

“Exco-exco ini turun ke kawasan langsung tak salam Ketua Pemuda bahagian. Macam mana nak kita hormat kalau mereka sendiri tak hormat kita?

“Apabila perwakilan mahasiswa mahu wujudnya exco-exco angkat memantau mereka, yang persoalannya kita punya kawasan pun exco-exco tak pergi,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang lain.

Sahrihan berkata barisan exco yang dilantik ini perlu patuh terhadap janji untuk berkhidmat untuk parti.

“Anggap ini teguran sesama kita, kena berlapang dada untuk terima,” tegasnya lagi.

Suasana hangat juga tercetus ketika perwakilan Selangor, Muhammad Nizam Shith mendakwa jentera sayap itu masih lemah dalam menepis serangan tentera siber daripada DAP iaitu Red Bean Army.

“Kita bukan tidak ada pakar, kita boleh kumpulkan pakar IT, siber di bawah satu bumbung. Tetapi malangnya wujud puak A, B dan C. Akhirnya langsung tak buat kerja,” katanya lantas dijerit ‘boo’ oleh para perwakilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.