Pencerobohan Lahad Datu, Nahas Pesawat MAS Satukan Rakyat

Kuala Lumpur – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasarnya di hadapan 2,752 perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Antara topik pengenalan yang disampaikan Najib dalam ucapannya itu ialah mengenai solidariti.

Beliau menyentuh mengenai insiden pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina pada Febuari 2013, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pada 8 Mac lepas dan peristiwa berdarah pesawat MAS, MH17, ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas.

Beliau berkata kesemua tragedi itu telah membawa rakyat di negara ini bersatu untuk menghadapinya dengan tabah dan beliau menyifatkan ia “Inilah lambang Solidariti”.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhan menunjukkan semangat muafakat yang cukup luar biasa. Khususnya pada hari berkabung. Kita ingin semangat persatuan ini diteruskan sampai bila-bila.

“Inilah lambang perpaduan yang dinamakan Solidariti,” katanya yang menyebut perkataan ‘solidariti’ itu beberapa kali.

Intipati ucapan dasar Najib:

– Beliau turut menyentuh tentang kadar kemiskinan di negara ini telah menyusut satu peratus dan kadar kemiskinan tegar hampir disifarkan.

– Kemasukan pelaburan asing ke Malaysia adalah RM38.7 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.