Najib Harap PAU 2014 Eratkan Ukhuwah Pemimpin Dan Anggota

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Perhimpunan Agung Umno kali ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kepimpinan dan anggota Umno demi kemajuan parti dan negara.

Presiden Umno dalam laman sosialnya juga berharap agar perhimpunan itu berlangsung dengan lancar serta mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan.

“Insya-Allah, perhimpunan ini akan merapatkan lagi ukhuwah dalam kalangan pemimpin dan para anggota Umno seterusnya membawa Malaysia menuju mercu kejayaan,” katanya.

Dalam laman Facebook dan Twitter Najib, beliau turut berkongsi gambar sepanjang perhimpunan itu berlangsung sejak semalam termasuk sekeping gambar beliau sedang meneliti teks ucapan dasar yang akan disampaikan pada upacara perasmian perhimpunan itu esok.

Ketika meninjau perbahasan pada perhimpunan tiga sayap Umno hari ini, Najib berkata semua perwakilan dilihat begitu bersemangat untuk bersidang.

“Saya harap semangat ini akan terus dikekalkan demi kelangsungan perjuangan Umno,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2014 yang menghimpunkan 5,739 perwakilan, berlangsung sejak Selasa dan akan melabuhkan tirai Sabtu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!