Mana Mau Lari! Motor Tour Bawa Kisah ‘Bikers’

Kuala Lumpur – Geng motosikal berkuasa tinggi atau senang dengan panggilan bikers ini selalu disalah anggap oleh segelintir masyarakat yang sering memandang serong aktiviti mereka. Tidak kurang juga yang mengatakan mereka sebagai golongan mat rempit tetapi dengan motor lebih besar.

Ini beberapa fakta tentang geng motosikal berkuasa tinggi yang mungkin akan mengubah persepsi anda terhadap golongan yang selalu dianggap sebagai penyemak di jalan raya.

1. Semangat Setiakawan Yang Tinggi

 

Walaupun kadangkala mereka tidak mengenali antara satu sama lain, mereka tidak akan sesekali teragak agak untuk membantu bikers lain yang sedang dalam kesusahan sama ada di atas jalan raya atau dalam kehidupan seharian. Semangat ini yang menjadikan mereka satu kumpulan yang unik dan sentiasa bersama susah dan senang.

2. Kongsi Kreativiti Tanpa Batasan

 

Salah satu aktiviti menarik apabila berada dalam kumpulan bikers ini adalah anda akan berpeluang untuk menjadi kreatif dalam hal modifikasi motosikal berkuasa besar anda. Lebih menarik, rakan rakan dalam kumpulan yang sama tidak akan lokek berkongsi ilmu malah berkongsi alat ganti tertentu untuk dicuba oleh anda sendiri. Sharing is caring mereka kata.

3. Jelajah Berkumpulan

 

Ini aktiviti paling mencabar sebenarnya untuk kumpulan bikers, jelajah ke satu satu destinasi dalam jumlah motosikal kuasa besar yang banyak. Perasaannya cukup lain apabila anda bersama rakan rakan yang lain meluncur laju di atas jalan raya bersama motosikal masing masing. Jika anda tidak pernah merasa, ada peluang anda akan terus menjadi bikers sejati selepas itu.

4. Peluang Berkenalan Dengan Individu Berpengaruh

 

Ini bukan sesuatu yang kami reka. Dalam sesetengah kumpulan bikers di luar sana anda tidak akan tahu dengan siapa yang akan anda kenal. Ramai yang menyertai geng motosikal berkuasa besar untuk mencari kelainan dalam hidup dan ada antara mereka datang dari dunia korporat atau juga arena politik. Siapa tahu, jawatan besar anda seterusnya datang dari kenalan bikers.

5. Menunggang Satu Terapi Diri

 

Percaya atau tidak, bagi 99% bikers di luar sana, menunggang motosikal berkuasa besar mereka adalah merupakan satu terapi positif untuk diri sendiri. Hanya bikers sahaja tahu bagaimana satu perasaan tenang apabila menunggang tanpa perlu memikirkan dunia luar. Selepas ini jika anda tertekan dengan kerja atau belajar, apa kata cuba tumpang abang bikers?

Artikel ini dibawakan untuk anda oleh filem Mana Mau Lari? yang menceritakan kisah sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson melalui satu perjalanan yang akan menduga keberanian dan persahabatan di antara satu sama lain.

Filem Mana Mau Lari! juga akan mengadakan satu jelajah motor yang akan berkunjung ke lokasi berhampiran anda tidak berapa lagi. Anda akan berpeluang menunggang bersama-sama dengan motor konvoi para pelakon filem hebat ini.

Anda juga berpeluang menyaksikan pameran motor berkuasa tinggi serta memenangi hadiah barangan motor dan hadiah eksklusif Mana Mau Lari! Selain itu, 40 pengunjung terawal berpeluang menonton wayang secara percuma bersama tetamu khas kita!

Dapatkan maklumat terbaru tentang Mana Mau Lari! Motor Tour di laman web rasmi mereka. Tonton Mana Mau Lari? di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.