Ibu Wakili Ketua Pramugari MH17 Terima Ijazah Sarjana Muda

Shah ALam  – Hari ini(Rabu) merupakan hari yang paling diingati oleh keluarga ketua pramugari pesawat Penerbangan Malaysia MH17, Azrina Yakob.

Azrina yang sepatutnya menerima ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) dengan Kepujian di Majlis Konvokesyen Universiti Institut Teknologi MARA, Shah Alam merupakan salah seorang mangsa tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine pada 17 Julai lalu.

Azrina diwakili ibunya, Habibah Ismail, 65 tahun yang menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor, Tan Sri Abdul Rahman Arshad.

Sewaktu namanya diumumkan, hadirin di majlis tersebut memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda hormat kepadanya.

Azrina, 41 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah meninggalkan seorang suami Mohd Rafliz Mohd Tahir dan dua orang anak, Arissa Raisya, 3 dan Aqil Rais, 6 tahun.

Allahyarham menyertai MAS sebagai pramugari pada 1992.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di kawasan konflik di sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.