Falcao Teruja Kembali Jalani Latihan

RADAMEL FALCAO kelihatan teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke padang ketika sesi latihan skuad Manchester United apabila dia disahkan pulih daripada kecederaan.

Penyerang Colombia itu memulakan kariernya di United dalam keadaan mengecewakan apabila dibelanggu kecederaan dan masalah kecergasan.

Bagaimanapun, pada awal minggu ini United mendedahkan gambar Falcao kembali menjalani latihan bersama rakan-rakannya.

falcao

Kemunculan semula penyerang itu pasti memberikan harapan baru kepada bahagian serangan United yang tumpul akibat prestasi Robin Van Persie yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

United kini memerlukan Falcao dan pemain lain yang mengalami kecederaan kerana mereka bakal mengharungi jadual padat pada bulan Disember.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.