Doktor Malaysia Mengaku Bersalah Rakan Lebih Seribu Rakaman Lucah

London – Seorang doktor Malaysia yang bekerja di Britain mengaku bersalah di mahkamah London atas dakwaan merakam lebih 1,000 orang tanpa pengetahuan mereka dengan kamera tersembunyi di tempat-tempat awam, tandas dan juga di rumahnya sendiri.

BBC melaporkan Yeoh Lam Hoe, seorang perunding pendengaran, didakwa atas tujuh tuduhan intai, enam tuduhan membuat imej lucah kanak-kanak dan memiliki pornografi melampau, selepas ditangkap pada bulan April di Hospital St Anthony di North Cheam, Surrey.

Isteri Yeoh berusia 57 tahun, Ivy Muihong Sng mempunyai satu tuduhan intai namun ia digugurkan kemudiannya.

Mahkamah diberitahu Yeoh telah merakam lebih 1,000 orang dengan menggunakan kamera rahsia dalam pemacu pen dan jam tangan di beberapa lokasi yang berbeza di Britain.

Yeoh, yang tinggal di Banstead, Surrey, juga rakam video pendek dalam tandas klinik Nottingham, di dalam kereta api dan juga di rumah sendiri semasa acara sosial.

Mahkamah diberitahu Yeoh merakam lebih daripada 1,000 orang dalam video itu, dengan beberapa mangsa yang dikenal pasti antara 1 Januari 2011 dan 15 April tahun ini.

Menurut BBC Yeoh dijangka akan menghadapi hukuman penjara apabila dia dihukum pada hari Rabu, dengan pendakwaraya, Peter Clement menggambarkan tingkah laku Yeoh sebagai “yang luas dan suatu kes yang luar biasa yang tidak pernah disiasat oleh Polis Metropolitan London”.

Clement berkata jenayah Yeoh diketahui apabila dia telah meninggalkan sebuah peranti rakaman dalam satu blok tandas di Hospital St Anthony berhampiran meja di mana dua wanita bekerja.

“Peranti itu jatuh daripada kedudukan berhampiran dua wanita itu. Penyiasatan hari itu menunjukkan peranti itu telah merakam salah satu wanita menggunakan tandas.

Namun Yeoh secara tidak sengaja merakam dirinya sendiri untuk dapatkan peranti tersebut,” kata Clement.

BBC melaporkan Yeoh telah menggunakan penerangan grafik untuk melabelkan rakamannya, dan beberapa kanak-kanak yang berumur antara tiga dan 14 juga terlibat dalam rakaman Yeoh.

Yeoh telah merakam imej-imej lucah yang menampilkan enam kanak-kanak yang berbeza.

Clement berkata apabila Yeoh ditahan, dia mempunyai pemacu USB yang tergantung di lehernya, yang mengandungi rakaman dilabel “Cardiff Kereta Api Remaja”.

Peguam Yeoh, Sally O’Neill QC berkata Yeoh mempunyai “obsesi mengumpul”, dan ia berubah selepas Yeoh dimasukkan ke hospital selama sebulan pada tahun 1984.

Beliau juga memberitahu mahkamah, Yeoh merasakan sesuatu  “beban besar telah diangkat daripada bahunya” apabila jenayahnya telah diketahui.

“Perasaan malu Yeoh terhadap kelakuannya lebih daripada tiga tahun benar-benar tidak boleh dinyatakan,” kata Sally O’Neill, lapor BBC.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.