VIDEO: Akta Hasutan Dikekal – Najib

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

“Setelah saya dengar cadangan daripada timbalan presiden, Wanita, Pemuda, Puteri, pandangan NGO dan akar umbi, maka saya sebagai perdana menteri memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 akan terus dikekalkan.
“Malah akta ini akan dipertahankan, dan akan diperkuat dan diperkukuhkan. sekurang2nya dalam dua perkara.

“Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di hadapan 2,752 perwakilan ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini” katanya lagi.

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, beliau berkata, ia akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.

– Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.

– Kita akan memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan “setuju”.

“Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita.

“Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih harmoni,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan, akta berkenaan bukan sahaja dikekalkan malah akan diperkuatkan.

“Kita bukan sahaja kekalkan Akta Hasutan ini, bahkan diperkuatkan supaya agama Islam dilindungi.

“Selain itu kita juga akan menjaga keharmonian agama lain,” katanya dihadapan ribuan ahli UMNO.

Pengumuman Najib itu juga mendapat tepukan yang gemuruh sehingga menggamatkan Dewan Merdeka, PWTC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.