Video: Polis Siasat Kes Pemandu Bertumbuk Lepas Terlibat Kemalangan

PERBALAHAN tercetus antara beberapa individu susulan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan 6/38a Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur, kelmarin.

Video berdurasi 37 saat berkenaan yang tular di media sosial sejak kelmarin menunjukkan beberapa individu bergaduh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu yang membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta iaitu Proton Persona dan Perodua Viva.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 7.44 malam itu, Perodua Viva dipandu lelaki berusia 31 tahun melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal terbabit terbabas dan terkena Proton Persona,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zulkefly berkata, dalam kemalangan itu, pemandu Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal luka di tangan serta kaki dan dirawat di sebuah hospital swasta.

Antara reaksi komen netizen berkaitan pergaduhan tersebut.

Menurutnya, pergaduhan bagaimanapun tercetus selepas kemalangan itu.

“Saya menasihatkan supaya individu yang terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada kemalangan ini membuat laporan polis berasingan atas perselisihan mereka di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, keterangan kedua-dua pemandu kereta sudah diambil selain ujian saringan air kencing dan darah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59,” katanya. – HMetro

Lain-lain berita menarik;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.