Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berkata, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu.

“Ini bukan lagi zaman ketuanan Melayu tetapi kita sudah masuk fasa baharu di mana kita bincangkan tentang kesaksamaan semua, bukan kesamarataan, tetapi kesaksamaan.

“Kita di zaman perkongsian kekayaan. Ini salah satu agenda yang akan parti saya ketengahkan dan perjuangkan,” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Belia 2018 di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE