Zahid Tegaskan Tidak Akan Bercuti

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas dengan pendiriannya tidak akan berucuti untuk sementara waktu seperti yang dicadangkan oleh pergerakan Pemuda parti itu.

Tambah Zahid walaupu berdepan dengan 45 pertuduhan di mahkamah, tidak semestinya beliau harus bercuti kerana semua tuduhan itu bersifat politik dan masih dalam pendakwaan.

“Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak diheret dan didakwa, kini tiba giliran saya pula untuk didakwa di mahkamah.

“Saya berdepan dengan lebih 40 pertuduhan dan 25 daripadanya berkaitan dengan AMLA. Satu rekod baharu dalam perundangan Malaysia.

“Dan ketika ini pula ada satu ketua dalam sayap (UMNO) yang hampir patah keluarkan kenyataan gesa saya bercuti..No, way..untuk saya dengar cakapnya,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-72 di Dewan Tun Razak 1, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada 25 Oktober,selepas bermesyarat, pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan Zahid bercuti agar dapat memberi tumpuan kepada kes-kes pertuduhannya di mahkamah.

Cadangan yang disuarakan menerusi Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki walaubagaimanapun menafikan ianya merupakan sentimen atau niat jahat untuk menjatuhkan Ahmad Zahid, sebaliknya bagi memberi kebaikan kepadanya supaya dapat berehat.
Cadangan itu dikecam oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam termasuklah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Puteri UMNO pula berpendirian bahawa seharusnya seluruh anggota parti itu bersolidariti antara satu sama lain. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.