VIDEO: Bekas Ahli UMNO Digalak Lebih Ramai Sertai PPBM

KUALA LUMPUR – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Cheras, Datuk Samsu Adabi Mamat Ahli menggalakkan ahli serta bekas ahli UMNO untuk menyertai parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Melihat senario landskap politik kini katanya UMNO kini sudah merosot, sokongan kepada parti itu juga merosot.

Samsu Adabi yang juga merupakan Pakatan Harapan bagi kerusi Putrajaya pada Pilihanraya ke 14 lalu menghargai sokongan yang dizahirkan bekas ahli-ahli UMNO yang kini sudah menyertai parti PPBM.

“UMNO sebenarnya telah kita lihat banyak mengalami kemerosotan hasil daripada persepsi umum bahawa kepimpinan parti itu telah banyak menyimpang daripada perjuangan asal mereka.

Sebab itu lah apabila lahirnya beberapa ahli atau pun kepimpinan dari parti UMNO seperti Tok Pa yang baru menyertai parti ini merupakan petunjuk awal bahawa ahli UMNO perlu mengubah perjuangan mereka dan ramai-ramai menyertai PPBM”, katanya.

Namun menurutnya lagi sebarang pemohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Negeri Perak (PPBM) adalah terletak kepada keputusan dan persetujuan pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita (PPBM) membuka kepada semua, tidak mengira parti mana mereka sebelum ini. Sekiranya mereka berminat menyertai parti kita, kita mempersilakan mereka mengikut saluran biasa dan menyerahkan kepada kita untuk diserahkan kepada pejabat Parti Pribumi Pusat dan kita akan pastika keahlian mereka akan disahkan oleh pihak tertinggi parti”.

Katanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO.

4 thoughts on “VIDEO: Bekas Ahli UMNO Digalak Lebih Ramai Sertai PPBM

  • November 5, 2018 at 10:48 am
    Permalink

    Yg tongong bodoh bahlul je tk kuar??? Da rosak musnah teruk hancur sbb rakus zalim pecah amanah rasuah salah guna kuasa.!!! Takbur bongkak angkuh sombong bodoh!!! Khianat pd dymm agong rakyat negara yg undi?? Nyah pinggir kuar lah semua biar tongong je yg konon setia?? Tk jadi apa pun ??? Tak pulih da ?? Makin junam ruyup terjun pudar kelam suram kusam jijik najis kotor busuk..!! Penyangak penyamun perompak pencuri pembohong penipu pengkhianat..!! Patut tangkap tnpa bicara sbb nk komen cakap mcm tk salah je?? Tk malu kah?? Tkde maruah kah??
    Mual muak muntah meluat menyampah tgk muka dgr berita parti korup yg tk sedar2 kan diri????? Korup kurap kotor najis rasuah??

    Reply
  • November 5, 2018 at 10:52 am
    Permalink

    Penyangak penyamun pencuri perosak segala2 nya..sbb tu PH menang besar korang rosak teruk hancur musnah??perasuah pemecah amanah khianat .. tk layak di ingat2 lagi buang dlm gaung… zalim kejam dayus takbur bongkak angkuh sombong bodoh.. usah mimpi nk pulih ..makin junam ruyup hancur hari ke hari…musnah teruk hancur dah

    Reply
  • November 5, 2018 at 10:54 am
    Permalink

    Nyah pinggir buang parti korup parti rasuah?????

    Reply
  • November 5, 2018 at 10:55 am
    Permalink

    Bukti saksi ada dah…dakwa hukum tnpa pilih bulu?,
    Ayuh semua doakan penjahat2 ini dihukum seberat2 nya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.