“Usah Kecam Tok Pa”, Kata Pemimpin Pemuda

SHAH ALAM – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata pemimpin parti sewajarnya bermuhasabah dan mencari solusi untuk memastikan ahli terus setia bersama UMNO, bukannya mengecam tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai PPBM. 

“Keputusan yang sudah boleh diagak sejak pengumuman perletakan jawatan Tok Pa tempohari. 

“Usah kita kecam Tok Pa, sebaliknya kita muhasabah dan cari solusi untuk memastikan yang masih bersama UMNO hari ini, terus kekal bersama UMNO,” katanya di Twitter.

Ketua Pemuda UMNO Merbok itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mustapa.

Tweet beliau turut diulang kicau oleh mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa malam tadi sah menyertai PPBM.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di ibu pejabat PPBM. 

Jelas Tok Pa keputusannya itu dibuat demi memberi manfaat kepada pengundinya di Jeli khususnya, dan Kelantan umumnya.

Tok Pa pada 18 September lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.