SPRM Tahan Ahli dan Ketua Cabang PKR Didakwa Sogok Wang

KOTA KINABALU – Ketua PKR Cabang Kimanis, Awang Kamis Awang Ahmad, 46, dan seorang ahli biasa parti itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyogok sejumlah wang kepada perwakilan untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu minggu depan.

Menurut sumber, Awang Kamis bersama seorang lagi suspek yang berumur 47 tahun ditahan di sebuah lokasi di pekan Kimanis pada kira-kira pukul 8.40 malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(B)(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Majistret Faliq Agoes telah membenarkan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula hari ini.

Permohonan reman tersebut dibuat pegawai SPRM, Mohd. Faliq Basirudin di Lokap Berpusat Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah pada pukul 11.15 pagi ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.