Najib Kesal Wartawan Al-Jazeera Tanya Soalan ‘Lari’ Topik

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan beliau bertindak meninggalkan wawancara bersama Al-Jazeera ekoran kesal dengan tindakan wartawan stesen tv antarabangsa itu menyoalnya topik yang menyimpang daripada skop asal.

Jelas Najib, beliau pada mulanya masih bertolak ansur menjawab soalan tambahan sungguhpun wawancara tersebut melangkaui masa dan skop yang dipersetujui. 

“Tetapi, individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, disebalik pelbagai penafian saya, disebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telahpun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya.

“Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann (Jolley) ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.

“Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia dipermulaan wawancara ini,” kata Najib di Facebook beliau.

Justeru kata Ahli Parlimen Pekan itu, beliau mengambil keputusan untuk menghentikan wawancara berkenaan kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui, yang disifatkan tidak adil terhadap dirinnya.

“Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan,” katanya.

Dalam kenyataan mengenai wawancara itu semalam, Al Jazeera berkata Najib dilihat hilang kawalan tetapi tidak mendedahkan bahawa bekas perdana menteri itu meninggalkan sesi wawancara itu.

Najib semalam memohon maaf kerana gagal mengawal emosinya, namun beliau juga mengatakan kesediannya untuk diwawancara sekali lagi jika Al-Jazeera berminat untuk menemui beliau.

“Saya diberitahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal dua-dua pihak akan dapat dicapai,” katanya. -SuaraTv 

3 thoughts on “Najib Kesal Wartawan Al-Jazeera Tanya Soalan ‘Lari’ Topik

  • October 27, 2018 at 9:59 pm
    Permalink

    Kau yakin dpt bersih nama?? Kami pula yakin kau berjaya dituduh..dakwa dan dihukum seberat2nya salahlaku..rasuah..pecah amanah..gubah wang haram..juga semua yg dituduh?? Lama tunggu bila jatuh hukum?? Penjahat mesti hukum?? Perosak negara…

    Reply
  • October 27, 2018 at 10:07 pm
    Permalink

    Takbur..bongkak..angkuh..khianat..pecah amanah..rasuah.. memalulan..memualkan jijik najis perangai buruk korang???
    Allah swt maha berkuasa tak dpt tepis punya?? Apa yg korang rompak dulu.. kini tunggu jer ya..dont worry jgn lari tau?? Kuncu2..kroni2 jgn risau… nama da ada tunggu dipanggil ya… felda
    .felcra..nfc lembu..1mdb banyak woh!!! Rasuah …nk simpan mana duit tu? Byk2 jutaan ringgit dlm rumah duit gaji ker?? Semoga terbukti kejahatan korang????

    Reply
  • October 27, 2018 at 10:09 pm
    Permalink

    Spesis korang sama jer rasuah..rasuah..rasuah.. tu keje korang???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.