BN Akan Guna Nama Baru

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan dijenamakan semula dan bakal menggunakan nama baharu selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang turut menyaksikan sembilan parti komponennya telah keluar.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu juga bakal memiliki beberapa parti komponen baharu termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“Ini adalah hala tuju BN yang baru. Kita akan berikan penjenamaan baru dengan struktur dan bidang tugas yang baharu.

“Tugas dan tanggungjawab penstruktudan semula yang mengandungi parti teras dan gabungan ini kaita serahkan kepada Nazri,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Perhimpunan Agung MIC.

Jelas Zahid ianya langkah positif yang diambil BN demi menjadi parti pembangkang kukuh dengan yang menampilkan beberapa kaedah bagi menarik semula sokongan rakyat.

“Kita harap rakyat akan bersama kita kerana kerana BN yang berjenama baharu ini menjanjikan sesuatu yang baharu kepada rakyat, setelah mereka kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak dapat menunaikan janji,” katanya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.