Ali Baba dan 40 Penyamun

Datuk A Kadir Jasin mendakwa ada 40 orang ahli Parlimen UMNO memohon menyertai Bersatu.

Jika benar telah ada 40 orang ahli Parlimen UMNO hendak masuk Bersatu, semalam juga Tun Mahathir sudah umum besar-besaran kemasukan mereka.

Satu dunia sudah tahu Mahathir terdesak dan berusaha berusaha keras untuk dapatkan semua ahli Parlimen UMNO kecuali Najib Razak, Zahid Hamidi, Annuar Musa dan Azeez Rahim.

Jika pejabat Tun Daim di Menara Ilham boleh bercakap mungkin ia boleh memberitahu kita berapa ramai wakil rakyat UMNO yang telah dipujuk dan digertak. Namun rancangan ini masih buntu.

Minggu ini sudah beberapa kali beliau mempelawa ahli UMNO masuk Bersatu.

Pelik juga ketika mendakwa parti beliau bersih dan anti rasuah, mengapa mahu diambil ahli-ahli Parlimen UMNO yang beliau dakwa korup dan bersengkongkol dengan rasuah.

Penerimaan Mustapha Mohamad lagi pelik kerana beliau salah seorang Menteri kabinet Najib Razak yang sudah tentu terbabit dengan 1MDB secara tidak langsung.

Beberapa hari lalu Mahathir mencemuh dan menghina ahli dan penyokong UMNO yang tidak ada dalam kabinet sebagai penyokong kleptokrasi. Mereka ini juga yang menyokonh beliau selama 22 tahun dihina begitu sahaja.

Lucunya hari ini beliau menerima bekas Menteri UMNO yang secara langsung terbabit dalam penentuan polisi kerajaan pimpinan Najib Razak.

Pemimpin dan penyokong Bersatu perlu berhenti menjadi munafik jika UMNO ini parti penyamun dan penyangak jangan terima sesiapapun ahli UMNO.

Namun sudah tentu ia tidak berlaku demikian kerana agenda Mahathir bukan agenda anti rasuah, Malaysia Baharu atau kepentingan rakyat.

Beliau perlu kuatkan Bersatu untuk kroni dan anak-anaknya sahaja.

Sumber: Facebook Ab Jalil Backer

2 thoughts on “Ali Baba dan 40 Penyamun

  • October 28, 2018 at 9:18 pm
    Permalink

    Keluar je ramai2?? Tkde untung pun duk parti korup tu??? Nyah terus masuk PH…rosak teruk da…!!!

    Reply
  • October 28, 2018 at 9:20 pm
    Permalink

    Buang masa tenaga jer …keluar ramai2 byk faedahnya…!! Da musnah hancur punah ranah dah!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.