Vida Syukur Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida (DSV), bersyukur impiannya untuk membawa anak-anak tahfiz menunaikan umrah akhirnya tercapai.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, DSV mengakui dia telah lama menyimpan hasrat itu dan beberapa kali rancangannya tergendala akibat mengalami masalah.

“Alhamdulillah, setelah banyak kali tergendala akhirnya impian saya tercapai untuk membawa anak-anak tahfiz tunaikan Umrah.

“Cuma saya tidak boleh pergi bersama mereka. Apabila saya balik dan kini giliran diaorang yang pergi. Takpelah, yang penting lepas hasrat saya.

“Selepas ini saya merancang untuk bawa pengguna Pamoga yang pulih dari penyakit yang tak sangka bole sembuh selepas minum Pamoga untuk saya bawa ke umrah,” tulisnya, petik Gempak.
 
Rata-rata pengikut DSV mengakui kagum dengan sikap baik hati yang ditunjukkan olehnya dan berharap agar dia dapat membantu lebih banyak insan yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.