Teka Teki Baju PM Ketika Bentang Bajet 2018 Terjawab

Terjawab sudah akhirnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memakai baju berwarna biru, iaitu warna Barisan Nasional (BN) untuk pembentangan Bajet 2018 yang diadakan di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri kelihatan segak dan penuh karisma. Selain itu Ahli Parlimen BN yang beragama Islam turut memakai baju melayu dengan warna biru.

Manakala Ahli Parlimen BN yang bukan beragama Islam pula memakai tali leher biru.

Ia sekali gus menunjukkan kesepakatan dan penyatuan dalam BN sebagai tanda sokongan kepada Najib untuk menyampaikan Bajet 2018 ini.

Pembentangan Bajet 2018 ini juga buat pertama kalinya diadakan pada pukul 3.30 petang. Kebiasaannya bermula pada pukul 4 petang memandangkan Maghrib masuk pada 7 malam.

“Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar, dan tidak berpanjangan kepada waktu Maghrib. Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentangan Bajet boleh ditukar,” kata Najib semasa taklimat Bajet 2018 kepada pengarang media semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.