Tayar Pecah, Lori Tangki Bomba Terbalik

REMBAU ― Sebuah lori tangki Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau terbalik di bulatan Institut Latihan Industri Pedas dekat sini, berpunca daripada tayar hadapan yang pecah.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dua anggota bomba yang menaiki kenderaan itu, hanya mengalami cedera ringan.

“Dalam kejadian pukul 6.50 petang semalam, lori tangki yang membawa muatan 20,000 liter air itu terbalik kerana tayar bahagian hadapan sebelah kiri lori berkenaan telah pecah ketika membuat pusingan di bulatan, lapor Bernama.

“Kedua-dua anggota iaitu Mohd Harizaq Mohamed Zawawi dan Mohd Aizat Anuar masing-masing dalam lingkungan umur 30-an  selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan susulan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Ahmad Mukhlis berkata lori tangki tersebut baru selesai mengisi minyak serta air dan dalam perjalanan untuk balik ke BBDP Rembau sebelum terlibat dalam kemalangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.