Ribut : Siling Kanopi, Palang Tol Tercabut

IPOH – Beberapa siling kanopi dan palang di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini tertanggal dan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut petir, semalam.

Bagaimanapun, jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama, berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa, lapor Bernama.

Katanya, akibat kejadian, empat lorong  arah utara di plaza tol berkenaan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan kesesakan.

Setakat 7 malam tadi, kerja-kerja pembersihan masih dijalankan namun  dua daripada lorong yang ditutup telah dibuka semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.