PM Umum Mansuh Kutipan Empat Tol Di Tiga Negeri

PETALING JAYA – Kutipan di empat plaza tol melibatkan tiga negeri akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Pemansuhan tersebut meliputi Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau bagi Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada petang Jumaat.

Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.