Pembedahan Jantung Wajar Dilakukan Tengah Hari

PARIS – Risiko masalah jantung serius selepas menjalani pembedahan meningkat hampir dua kali ganda apabila prosedur dijalankan pada waktu pagi berbanding tengah hari, kata penyelidik hari ini.

Uji kaji dan ujian makmal menunjukkan putaran biologi manusia sebagai punca utama wujud perbezaan mengejutkan, menurut laporan dalam jurnal perubatan The Lancet, lapor BH.

“Kajian kami mendapati masalah jantung selepas pembedahan lebih biasa berlaku dalam kalangan pesakit yang menjalani prosedur itu pada waktu pagi.

“Pada ketika itu, putaran biologi mempengaruhi reaksi pesakit kepada jenis pembedahan ini,” kata pakar kardiologi Universiti Lille, Dr David Montaigne.

Putaran circadian mengawal kitaran tubuh sepanjang hari termasuk mempengaruhi corak tidur, pembebasan hormon malah suhu badan.

Apabila diganggu, seperti gangguan ritman, berulang kali pada tempoh panjang, ia boleh mencetuskan kemurungan, gangguan bipolar, fungsi kognitif dan pembentukan memori, kata penyelidik.

Awal bulan ini, Hadiah Nobel bagi perubatan dianugerahkan kepada tiga saintis Amerika Syarikat yang menaungi pemahaman bagaimana putaran cicardian bergerak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.