Najib Umum Peruntukan Lebih RM280 Bilion Untuk Bajet 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mencadangkan peruntukan sebanyak RM280.25 bilion untuk Bajet 2018.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan tiba di bangunan Parlimen pada pukul 3.10 petang sebelum masuk ke Dewan Rakyat dan memulakan ucapannya pada pukul 3.35 petang.

Berikut adalah perkara utama yang diumumkan beliau untuk Bajet 2018:

– Sebanyak RM280.25 bilion telah diperuntukkan untuk Bajet 2018, peningkatan sebanyak RM19.45 bilion berbanding peruntukan bajet 2017 yang berjumlah RM260.8 bilion.

– Daripada jumlah itu, sebanyak RM234.45 bilion adalah untuk pentadbiran dan baki sebanyak RM46 bilion pula untuk pembangunan.

– Bajet 2018 mempunyai lapan teras teras. Yang pertama adalah untuk meningkatkan pelaburan, perdagangan dan industri. Jumlah pelaburan domestik dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.