Video: Najib Puji Ketabahan Dan Kesabaran Kak Wan

Seorang usahawan wanita, Wan Azizah Wan Salleh menjadi perhatian seluruh negara apabila namanya disebut oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.

Wan Azizah atau dikenali dengan Kak Wan, menjadi perhatian kerana kesabarannya hingga menjadi seorang jutawan dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam.

Beliau hanya memulakan perniagaan itu dengan modal permulaan sebanyak RM500 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1993.

“Menyentuh hal ini, kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan dalam menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar.

“Namun, berkat kesabaran Kak Wan terus cekal berjuang. Nampaknya, Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini. Justeru, marilah kita sama-sama memberi tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh, yang berada di atas sana.

“Contoh Sahabat AIM yang telah berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak 500 ringgit daripada AIM sejak 1993,” kata Najib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.