Mula-Mula Kutip Hutang, Kemudian Meraba

JERTEH ― Selepas membayar hutang RM20, seorang suri rumah tiba-tiba diraba di bahagian punggung oleh lelaki itu di dapur rumahnya di sini. 

Lelaki warga Pakistan itu, 35 tahun, juga memeluk mangsa, 29 tahun, di Kampung Tok Has di sini pada 11 pagi Isnin lalu, lapor BH.

Ketua polis Besut Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi menjelaskan suspek ditahan kira-kira jam 3.35 petang hari sama.

Lelaki itu kini direman bagi siasatan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.