Mana Janji Lim Guan Eng Mahu Hapuskan Tol Sungai Nyior?

Selepas pilihan raya umum 2008, Lim Guan Eng telah berjanji untuk menghapuskan tol di Sungai Nyior namun malangnya sehingga kini, selepas sembilan tahun, tol berkenaan yang menghubungkan Seberang Jaya ke Butterworth masih tegak berdiri di situ.

Walaupun janji berkenaan tidak boleh ditepati, namun pembangkang masih berani membuat janji lain.

Kali ini, dalam bajet alternatif Pakatan Harapan, janji sama masih dilakukan iaitu untuk menghapuskan kutipan tol menerusi pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya secara berperingkat.

Jika janji mahu mansuhkan tol Sungai Nyior pun tidak boleh dilaksanakan, adakah anda fikir mereka mampu melaksanakan pemansuhan tol-tol lain seperti yang terkandung dalam Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan itu?

Semua cadangan dan janji mahu menghapuskan tol hanya mainan politik sahaja. Percayalah selepas mereka menang, perkara itu tidak akan berlaku.

Tengoklah contoh di Pulau Pinang di mana janji tersebut telah `dicapatikan’. Bila Guan Eng gagal melaksanakan janji untuk mansuhkan tol Sungai Nyior, beliau menyalahkan pula kerajaan pusat.

Senang cakap, kalau janji lama pun tak boleh ditunaikan, jangan harap janji-janji baru ini akan dilaksanakan. Sebab itulah bajet alternatif pembangkang ini tidak berpijak di bumi yang nyata.

Apa yang pasti bajet alternatif Pakatan Harapan ini adalah sekadar untuk menarik simpati ramai dan memancing pengundi. Bukan itu sahaja malah intipati yang terkandung dalam bajet PH ini langsung tidak realistik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.