Kandang Kosong 240 Biri-Biri Dilarikan

JEMPOL ― Malang tidak berbau bagi seorang penternak. Walau melihat tiga buah lori tetapi tidak menyangka ia digunakan untuk mencuri ternakannya. 

Pemilik 36 tahun itu rugi hampir RM250,000 apabila 240 biri-biri dan lima kerbau di Sungai Sebaling di sini lesap pagi semalam, lapor Metro. 

Sebelum kejadian, hujan lebat. Meski mangsa sedar lori-lori itu memasuki kawasan ladang tetapi menyangka ia membawa anak pokok sawit.

“Mangsa melihat ada kesan tayar lori di sekitar kandang selain menemui alat suntik dipercayai digunakan suspek untuk melalikan kerbau,” kata ketua polis Jempol.

Supt. Muhd Nur Hishamuddin Hashim juga berkata penternak itu menyedari ternakannya lesap ketika memeriksa kandang tersebut pada jam 2.40 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.