Kakitangan Awam Wanita Hamil Dibenar Pulang Awal

KUALA LUMPUR ― Penjawat awam yang hamil lebih lima bulan dibenarkan pulang bekerja sejam lebih awal.

Datuk Seri Najib Razak berkata suami, jika bekerja kerajaan, juga diberi kelonggaran sama asalkan pejabat berdekatan.

Perdana menteri mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari, dengan jumlah maksimum 90 hari setahun.

Najib juga mengumumkan pemberian khas RM1,500 yang dibayar dua kali, RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri tahun depan.

Pada pembentangan Bajet 2018, insentif lain kepada 1.6 juta penjawat awam:

― Kenaikan pangkat berasaskan masa kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama

― Penjawat awam yang bersara atas sebab kesihatan menerima faedah seolah-olah berkhidmat sehingga umur persaraan wajib

― Membenarkan gantian cuti rehat semasa berkhidmat yang melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan

― Menaikkan kadar cuti rehat khas dari tujuh kepada 10 hari setahun kepada pegawai perkhidmatan pendidikan

― Tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah

― Menambah satu lagi waktu kerja berperingkat bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

― Pakar perubatan gred UD54 dan ke atas diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan waktu kerja anjal

― Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan kursus sarjana dan PhD secara dalaman (in-house)

― Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan

― Kemudahan perubatan untuk ibu bapa kepada pesara kerajaan – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.