Janna Nick Alami Jangkitan Paru-Paru

Pelakon dan penyanyi Janna Nick telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi sebuah entri di Instagram, (IG), penerbit Sheila Rusly telah berkongsi sekeping gambar Janna yang sedang terlantar di atas katil hospital dalam keadaan lemah.

“Semoga cepat sembuh dan saya doakan agar Janna dapat pulih sepenuhnya,” tulisnya, petik Gempak.

Rata-rata pemintan mengakui terkejut dengan gambar yang dikongsikan itu dan mendoakan agar Janna cepat sembuh dengan segera.

Menerusi sebuah portal hiburan, Janna dilaporkan terkena jangkitan paru-paru iaitu Mycoplasma Pneumoniae dan akan terus ditahan di wad sehingga doktor berpuas hati dengan keadaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.