Hashtag #Bajet2018 Jadi Trending Di Malaysia

Hashtag #bajet2018 menjadi trending pada hari Jumaat, iaitu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2018 di Parlimen.

Ia menjadi trending di media sosial selepas 30 minit Najib yang merangkap Menteri Kewangan menyampaikan ucapan Bajet berkenaan.

Tema Bajet 2018 ini adalah Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi #TN50.

Ternyata banyak berita menarik disediakan dalam pembentangan Bajet 2018 ini. Dan ketika beliau berucap itu, Perdana Menteri sempat menyindir pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng.

Beliau membidas Mahathir melibatkan isu bugis manakala Azmin dan Guan Eng pula disindir kerana mengadakan lawatan ke China sedangkan ketika Najib ke negara berkenaan, beliau dituduh maju menjual negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.