Gadis 19 Tahun Ini ‘Terperangkap’ dalam Tubuh Bayi 2 Tahun

Pada usia 19 tahun, remaja biasanya akan pergi ke kolej dan berkumpul dengan rakan-rakan mereka.

Namun berbeza dengan Girija Sirinivas. Gadis yang berasal dari India ini harus tetap berada di rumah, naik kereta bayi, seperti kanak-kanak kecil yang baru berusia 2 tahun.

Disiarkan oleh  Barcroft via Amazing Infos, gadis kelahiran Bangalore, India ini mempunyai kelainan yang jarang berlaku pada tubuh.

Kelainan pada tubuhnya itu dipanggil agenesis tulang bawaan. Keadaan tersebut menyebabkan tangan dan kakinya tidak tumbuh normal atau berkembang dengan sempurna. Akibatnya, Girija Sirinivas mempunyai ketinggian 76 cm dengan berat badan 12 kg.

Girija Sirinivas

Kelainan tersebut membuatnya susah untuk melakukan aktiviti harian. Duduk pun terasa sukar kerana kepalanya lebih berat daripada badannya.

Girija hanya boleh bergantung pada ibu bapanya, yang menjadikannya seperti bayi yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Girija Sirinivas

Ibunya memberitahu bahawa keadaan yang dialami oleh Girija adalah kekal. Sungguh menyedihkan melihat keadaan Girija yang menderita seperti itu.

Girija Sirinivas

Bagaimanapun, dengan keberanian dan sokongan yang diperoleh, Girija secara perlahan berjaya membina kerjaya sebagai seorang pelukis. Dia boleh menghasilkan 8000-10000 rupee (RM530 – RM650) setiap bulan dari penjualan lukisannya.

Girija Sirinivas
Girija Sirinivas (Barcroft)

 

Girija Sirinivas
Girija Sirinivas (Barcroft)

Girija mengungkapkan:

“Aku tidak ingin orang kasihan padaku, aku ingin menunjukkan pada mereka kecekapanku.

Aku tidak ingin terkenal kerana penyakitku, tapi aku ingin dikenal suatu hari kerana hasil karyaku.

Tujuanku untuk mendapatkan sesuatu yang lebih dalam hidup.

Mimpiku adalah pergi ke luar negeri dan menggapai sesuatu yang besar.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.