Bajet 2018 Sedia Peruntukan Paling Besar Untuk Bidang Pertanian

KUALA LUMPUR – Kerajaan buat pertama kali dalam sejarah negara memberi peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, berjumlah RM6.5 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan untuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.

Sementara, kira-kira RM500 juta diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

“Saya mendapat perkhabaran bahawa durian Malaysia, Musang King dijual RM800 sekilogram di Taiwan,” katanya. – BH

Image may contain: text

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.