Bajet 2018: Penjawat Awam Dapat Bonus RM1,500

PENJAWAT awam bakal menerima bayaran khas RM1,500 yang akan diberikan dua kali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelaskan RM1,000 akan diberikan pada awal Januari 2018 manakala baki RM500 menjelang Aidilfitri iaitu pada Jun 2018.

“Tidak pernah dilupakan kepada pesara Kerajaan. Bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 manakala baki RM250 menjelang Aidilfitri,” katanya ketika mengumumkan bayaran khas itu ketika berucap membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya, sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik, kerajaan menghargai bakti ketua kampung dan Tok Batin.

“Untuk itu, Kerajaan mengumumkan bayaran khas one-off RM1,500 melibatkan 9,800 orang. RM1,000 akan dibayar pada Januari 2018 manakala RM500 menjelang Aidilfitri,” katanya. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.