Video : ‘Saya Juga Ada Perasaan’

KUALA LUMPUR – ‘Saya juga ada perasaan,” kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin selepas dituduh sebagai speaker yang tidak adil dan mengaibkan parlimen oleh Anggota Parlimen (MP) Segambut Lim Lip Eng.

 

Beliau berkata, telah sedaya upaya memberikan yang terbaik bagi penambahbaikan parlimen namun, ada sahaja pihak sewenangnya menuduhnya melakukan perkara yang menyalahi peraturan mesyuarat.

 

“Saya sedih. Saya juga manusia biasa. Pada ketika dimana saya bertungkus lumus untuk menambahbaik parlimen sehingga ada kamar khas terbentuk, semasa pembentangan bajet Ahli Berhormat, Anggota Parlimen (MP) boleh bertanyakan soalan, tetapi masih lagi dituduh sebagai speaker yang memalukan parlimen.

 

“Yang orang menuduh kepada saya ini (adakah) dia tidak memalukan parlimen kerana mereka telah diundi oleh rakyat. Seolah-olah mereka (MP) yang diundi itu adalah satu lesen besar, untuk menuduh kepada sesiapa.

 

“Saya mahu kamu semua mendapat gambaran sebenar. Kerana saya adalah manusia biasa saya ada perasaan, saya boleh tertekan dengan perkara-perkara yang bukan salah saya, malah telah pula dituduh mengaibkan parlimen. Daripada masa ke semasa, kita akan bercakap lagi jadi saya mahu semua pihak lebih memahami dengan lebih baik apa itu peraturan mesyuarat yang sebenarnya,”katanya ditemui di parlimen hari ini.

 

 

Terdahulu, beliau berkata, sikap sesetengah anggota parlimen yang bercakap berkaitan amalan parlimen-parlimen di barat tetapi bertindak sebaliknya.

 

Katanya, MP mahu kerajaan menjadi negara demokratik dan mengikut bagaimana negara demokratik berjalan.

 

Namun, sebaliknya MP tidak berlagak seperti anggota-anggota parlimen yang dirujuk.

 

Tambahnya, dalam Dewan Rakyat British, tiada MP yang keluar ketika pembentangan belanjawan seperti yang dilakukan MP pembangkang di negara ini.

 

Sebelum ini, tindakan anggota parlimen pembangkang keluar dewan ketika Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2017 Jumaat minggu lalu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.