Video : Jika Saya Memalukan, Begitu Juga MP Segambut – Pandikar Amin

KUALA LUMPUR – “Jika saya memalukan, begitu juga dengan MP segambut,”kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin selepas dituduh sebagai speaker yang tidak adil oleh Anggota Parlimen (MP) Segambut Lim Lip Eng.

 

 

“Itu tidak dibenarkan, kerana apabila kita membuat kenyataan akhbar, selepas itu kita mengecam speaker. Kita menuduh speaker bahawa dia adalah tidak adil, itu bukan tabiat Yang Berhormat (YB) Aanggota Parlimen (MP).

 

“Apa yang harus dibuat oleh Ahli YB yang tidak setuju dengan keputusan speaker, maka mereka akan kembali ke dalam dewan. Kalau dia kata dia tidak setuju dengan tindakan. Peraturan mesyuarat 43 yang mengatakan bahawa apabila seseorang YB tidak bersetuju dengan tindakan speaker, speaker sendiri tidak boleh untuk mengkaji semula dia punya peraturan mesyuarat.

 

“Majlis itu sendiri juga tidak boleh. Terpaksa ada satu lagi usul yang dibawa dan dibuat dalam peraturan usul 43. Iaitu dipanggil sebagai usul persendirian,”katanya di parlimen hari ini.

 

Beliau berkata, apabila pihaknya membuat peraturan mesyuarat, dan apabila seseorang ahli YB membuat kenyataan akhbar diluar adalah perkara yang mengaibkan.

 

“Apa yang mereka mahu adalah ada wartawan membuat liputan. Apatah lagi kalau liputan itu adalah liputan untuk dibaca oleh masyarakat sekelompok luar yang secara kebetulan menyokong satu kelompok.

 

“Tetapi dia tidak sedar sebagai YB dia telah melanggar peraturan mesyuarat. Apabila kita melanggar peraturan mesyuarat, apa maknanya semua itu?,”ujarnya.

 

Tambahnya, apabila dia mengarahkan yang berhormat demikian untuk duduk, dia tidak mahu duduk dan perkara itu melanggar dan dilihat tidak menghormati speaker.

 

“Sebab saya belum habis bercakap kerana dalam hujah saya itu saya hanya mengingatkan kepada beliau bahawa kalau di England, kalau seseorang YB itu tidak menghormati speaker maka speaker juga boleh berbuat demikian,”katanya.

 

Katanya lagi sikap sesetengah anggota parlimen yang bercakap berkaitan amalan parlimen-parlimen di barat tetapi bertindak sebaliknya.

 

“Kita selalu kata kita negara demokratik, kita patut ikut bagaimana negara demokratik berjalan.

 

“Tetapi kita tidak berlagak seperti anggota-anggota parlimen yang kita rujuk itu.

 

“Dalam Dewan Rakyat British, tiada MP yang keluar ketika pembentangan belanjawan, tidak pernah,”katanya.

 

Beliau merujuk kepada tindakan anggota parlimen pembangkang keluar dewan ketika Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2017 Jumaat minggu lalu.

 

 

 

 

Semalam, kerajaan sedang mempertimbangkan membawa satu usul dalam tempoh terdekat berhubung tindakan  yang tidak menghormati speaker.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata meskipun boleh berbeza pendapat dan pandangan, anggota Dewan Rakyat perlu menghormati kedudukan Speaker dan Parlimen.

 

“Lebih memalukan apabila Yang Berhormat Segambut yang berkelulusan undang-undang gagal memahami Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat apabila mempersoalkan pelantikan seorang Speaker.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.