PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Adik Muhammad Danish

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pesakit kanser Muhammad Danish Maarif yang meninggal dunia pada Rabu.

 

“Saya dimaklumkan mengenai kesihatan Allahyarham awal bulan ini dan minat beliau dalam permainan Lego. Saya juga merakamkan kata-kata semangat kepada beliau.

 

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Danish, harap mereka tabah hadapi dugaan Allah SWT. Mari kita doa semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan di syurga. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Facebook.

 

Berita berkaitan;-

‘Apek Cina’ Redah Petugas Keselamatan Minta Tandatangan PM Demi Remaja Barah

 

Allahyarham Muhammad Danish, 11, yang menderita kanser tulang atau osteosarcoma, meninggal dunia di rumahnya kira-kira pukul 4 pagi Rabu.

 

Kisah Muhammad Danish mendapat perhatian umum apabila pada 28 September lepas, Legoland Malaysia Resort dan Lego Malaysia bersama maskot watak popular Lego seperti Lego Darth Vader, Lego Builder, Lego Policeman berkunjung ke kediamannya di Kuala Selangor bagi memenuhi hasrat kanak-kanak itu yang ingin mengunjungi Legoland di Johor. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.