Mungkin Husni Terlupa Tentang Skandal Seksnya – Raja Petra

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 26 Oktober 2016.
Ia sebenarnya agak mengejutkan bahawa bekas Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, akan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara yang ganas itu selepas apa yang Najib telah lakukan untuknya. Orang Melayu memanggil perkara ini sebagai tak kenang budi.

 

Kemarahan Husni terhadap Najib bermula apabila Perdana Menteri tidak menaikkan pangkat beliau kepada Menteri Kewangan. Sebaliknya, Najib mahu memindahkan Husni kepada kementerian yang lain, yang mana Husni melihat sebagai satu tindakan penurunan pangkat dari jawatan Menteri Kewangan Kedua.

 

Tetapi Husni telah mengecewakan Najib dengan teruk sekali, terutamanya mengenai 1MDB. Daripada menyelesaikan perkara seperti yang Najib mahukan, Husni sebaliknya menyumbang kepada masalah ini. Husni sepatutnya menjadi penyelesaian dan bukannya menjadi permasalahan.

 

Dengan rekod seperti itu, bagaimana Husni boleh mengharapkan untuk dinaikkan pangkat ke Menteri Kewangan? Jawatan Menteri Kewangan adalah jawatan kedua paling berkuasa selepas Perdana Menteri, yang mana adalah lebih kuat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dan jika, sebagai Menteri Kewangan Kedua, Husni sudah menunjukkan ‘male fide’ dan memainkan peranan dalam mensabotaj 1MDB, bayangkan apa yang akan dilakukannya sebagai Menteri Kewangan!

 

Sebagai Menteri Kewangan, Husni bukan sahaja akan dapat meluluskan projek sambungan lebuh raya RM2 bilion milik anaknya, beliau juga akan menjadi ketua kepada pelbagai jawatankuasa yang sangat penting dan sangat kuat. Projek sambungan lebuh raya RM2 bilion itu hanyalah permulaan bagi banyak lagi projek berbilion-bilion yang akan datang.

 

Tetapi apa yang lebih penting daripada itu adalah hakikat bahawa Najib telah lebih daripada sekali menyelamatkannya. Terdapat begitu banyak tuduhan gangguan seksual dan salah laku lain yang dibuat terhadap Husni. Beberapa wanita di pejabatnya telah membuat aduan bahawa Husni telah meraba buah dada dan punggung mereka. Terdapat juga aduan mengenai hubungan sulit Husni dengan seorang wanita yang sudah berkahwin daripada bahagian Umno beliau.

 

Mereka sebenarnya mahu melancarkan siasatan ke atas tuduhan-tuduhan ini tetapi Najib memilih untuk mempercayai Husni. Jika tidak, Husni sudah pun diheret ke mahkamah kerana lebih daripada satu tuduhan gangguan seksual. Dan itu tidak termasuk suami wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan Husni yang memfailkan perceraian.

 

Jadi, selepas kes perceraian Nika Gee kerana hubungan sulitnya dengan Muhyiddin Yassin, kita mungkin akan melihat kes perceraian kedua melibatkan perempuan simpanan Husni dan suaminya. Tetapi Najib memandang ringan kes ini untuk membantu Husni mengelakkan skandal yang besar dan memalukan beliau dan keluarganya.

 

Najib telah pun diberi amaran bahawa Husni suka berpura-pura lebih baik dari orang lain dan berpura-pura bahawa beliau sangat alim sedangkan beliau adalah pemangsa yang sangat ‘hebat’. Jika Husni melakukan apa yang beliau lakukan di UK, beliau mungkin telah dihantar ke penjara pada masa lalu dan untuk tempoh yang sangat lama.

 

Memandangkan apa yang Najib lakukan untuk Husni dan berapa kali Najib menyelamatkan beliau, Husni sepatutnya memuji-muji Perdana Menteri. Husni, bagaimanapun, telah mensabotaj 1MDB dan bukannya menyelesaikan masalah-masalah seperti yang Najib telah minta beliau lakukan dan kini Husni melancarkan serangannya terhadap Najib.

 

Tidakkah Husni mendengar pepatah, ‘those who live in glass houses should not throw stones’ (seseorang tidak sepatutnya mengkritik orang lain kerana mempunyai kekurangan yang sama dengan orang itu)? Dan kini rahsianya bahawa beliau mempunyai ‘hands of an octopus’ dan suka meraba-raba buah dada dan punggung setiap wanita yang berjalan berhampiran dengannya dan tidur dengan isteri orang lain akan mnyebabkannya jatuh ke tahap Muhyiddin dan Anwar: orang-orang gila seks yang berpura-pura sebagai seorang yang suci seperti Nabi Muhammad.

 
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/maybe-husni-forgot-about-his-sex-scandals/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.