Ibu Rantai Kaki Anak, Enggan Hadir Kelas Tambahan

KUALA LUMPUR – Beberapa keping gambar menjadi viral di laman sosial apabila seorang murid dirantai di sebatang tiang lampu.

 

Gambar yang tersebar sejak semalam, dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway.

 

Kejadian itu didakwa dilakukan ibunya gara-gara kanak-kanak yang berusia 8 tahun itu enggan menghadiri kelas tambahan bahasa Cina.

 

Sebuah blog yang memuat naik gambar kanak-kanak malang itu turut memaparkan kaki kanan mangsa dirantai pada sebatang tiang lampu menggunakan mangga, selain kelihatan disamping kanak-kanak itu sebotol air minuman dan beg sekolah.

 

Mangsa didakwa telah dirantai pada tiang lampu itu sejak tengahari.

 

Mangsa sebelum ini turut didakwa pernah dipukul oleh ibu kandungnya di khalayak ramai lapor portal Berita Daily.

 

Menurut saksi, kejadian tersebut bukan pertama kali terjadi kepada kanak-kanak perempuan itu.

 

Malah dakwa saksi lagi, orang ramai pernah menasihati wanita yang berusia 31 tahun itu supaya tidak melakukan sedemikian terhadap anak tunggalnya itu, namun tidak diendahkannya. Manakala, ayahnya pula takut dengan isterinya.

 

“Kalau saya tak silap, ini adalah kali ketiga budak itu dirantai dengan rantai besi. Kali ini kerana budak itu dirantai kerana tidak menghadiri kelas tambahan.

 

“Sudah banyak kali saya cuba menasihatinya tetapi ibu tersebut enggan mendengar nasihat.

 

Difahamkan, ibu kanak-kanak terbabit ditahan pihak polis selepas laporan orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.