Hero Drama Winter Sonata Timang Anak Sulung

Bintang drama fenomena Korea, Winter Sonata, Bae Yong Joon dan isterinya pelakon juga penyanyi, Park Soo Jin selamat menimang cahaya mata sulung.

 

Agensi pengurusan miliknya, KeyEast Co memaklumkan, isteri Yoong Joon selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Gangnam.

 

Pasangan selebriti ini berkahwin pada Julai 2015 selepas tiga bulan mejalin hubungan cinta. April lalu, Yong Joon mengumumkan isterinya hamil.

 

Terdahulu, aktor berusia 44 tahu itu mula meraih populariti sekaligus digelar sebagai bintang Korea paling digilai menerusi karakter lakonannya dalam drama Winter Sonata yang ditayangkan pada tahun 2002.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.